Ar-Raudah Travel & Tour

Ar-Raudah Travel & Tour
TAWARAN TERHEBAT 2008 !!!!!
Maklumat Dan Bantuan
KAMI SEDANG MEMPROSES LAMAN INI. HARAP MAAF.
Catalog
Mengenai Ar-Raudah Travel & Tour

untitled.jpg

 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
 
               Segaja pujian bagi Allah S.W.T. pemilik sekalian alam dan selawat serta sala ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarganya, sahabat-sahabat r''anhum dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.
 
               Syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan taufiq dan inayah-Nya, telah mengizinkan kami menerbitkan laman web ini; "Ar Raudah Travel" , serta meneruskan usaha menyebarluaskan bahan-bahan terkini yang bermanfaat serta sesuai untuk keperluan semasa dalam kehidupan umat Islam sejagat.
 
               Besar harapan kami semoga laman web ini akan memberi manfaat dan bimbingan kepada sekalian muslimin dan muslimat agar memperoleh ilmu untuk menghadapi cabaran bagi meneruskan kehidupan di dunia ini serta mendapat keredhaan Allah S.W.T. di akhirat kelak, insyaAllah.
 
               Sebarang kesilapan harap dimaafkan dan kami meminta keampunan Allah S.W.T. atas yang sedemikian itu kerana tiadalah terdaya dan upaya melainkan dengan pimpinan dan pertolongan-Nya. "Yang baik itu datangnya dari Allah, manakala segala kekurangan datang dari diri saya sendiri.
 
Wassalam....
 
 
Penerbit,
Ar Raudah Travel 

KATA PENGANTAR

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

                      Kerinduan menyahut lambaian Kaabah menggamit setiap relung hati insan yang beriman. Gema takbir dan talbiah menghiasi seluruh alam buana, melimpah hikmah dan keagungan asma, menjalar setiap raga dipenuhi harapan limpahan kurnia dan redha Ilahi dalam menjalin kehangatan makrifat. Semangat yang membara menepis segala ringtangan dalam memenuhi panggilan Allah.

                      Tawaduk dan istiqamah membekalkan rasa cemas dan gementar bila menghadirkan diri di depan pintu raja yang agung dalam memenuhi panggilanNya. Harapan ingin memperolehi haji yang mabrur bercampur dengan kebimbangan kerana kesedaran tentang kedaifan diri sendiri. Sesungguhnya keindahan dan kebaikan memperolehi haji yang mabrur itu hanya syurga sebagai ganjarannya. Dengan mempersiapkan bekal yang halal, ilmu dan taqwa maka umat Islam akan menikmati kesempurnaan ibadah haji, umrah dan ziarah.

                      Semoga laman web ini memberikan sumbangan terhadap umat Islam dalam mempersiapkan diri memenuhi panggilan ke tanah suci, insyaAllah.

Penulis:

Mohd Nor Bin Esmin

Semasa berada di depan kaabah

fakrul001.jpg
 
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut
sila hubungi kami di talian:
 
019-7879871 (Encik Mohd Nor Bin Esmin)